12 February 2011

7 kali tonton 7 kali gelak

Hantu Kak Limah Balik Rumah


perghhhh..aku semenjak tonton filem rock arahan mamat khalid memang terus syok la ngan filem dia..
memang ada hasil seni yang menarik filem-filem dia ni..memang kelakar la kalau tonton rock dengan zombie kampung pisang..

kali ni mamat khalid kembali dengan sambungan zombie kampung pisang..
diberi tajuk hantu kak limah balik rumah, hampeh! tajuk  tak boleh blah..haha
ingatkan sequel dia akan bertajuk zombie kampung pisang menjerit ke tadi..hehe
dan cuti CNY hari tu aku berkesempatan melihat filem ini di astro first..
walaupun lambat menonton dari tarikh tayangannya di pawagam tapi sekurang-kurangnya aku tonton juga..
berulang kali aku tengok dan ketawa da macam gila da..
lawak bersahaja sambil di sulami kutukan atau sindiran yang berguna kepada masyarakat..
satu mesej yang berkesan untuk membetulkan pemikiran masyarakat kita.



Sinopsis
Husin yang bekerja di Singapura telah bercadang untuk pulang ke kampung halamanya, Kampung Pisang. Setelah kepulangannya, dia merasakan jirannya, Mak Limah berkelakuan pelik kerana tidak bercakap dan tidak tidur. Sewaktu minum di warung Pak Munawar, Husin menceritakan berkemungkinan bahawa Mak Limah adalah hantu. Pak Abu membuat cadangan untuk menyiasat dengan lebih lanjut dan mereka tealh pergi ke rumah Mak Limah dan mereka terperanjat kerana melihat mayat Mak Limah dan menjadi busuk. Walaubagaimanapun, setelah Mak Limah dikebumikan, orang kampung masih lagi mengalami kejadian-kejadian aneh..(sumber astro first.com)




adegan berlari-lari kucing dalam ini filem lah!




p/s: kalau setuju sila angkat tangan macam saya =)

No comments:

Post a Comment